12 – 15 Mac 2018
Lawatan Penilai Luar Bagi Program Ijazah Tinggi
Tarikh
: 12 – 15 Mac 2018 (Isnin-Khamis)
Masa
: 9.00 pagi – 5.45 petang
Tempat
: Bilik Mesyuarat Dekan (BMD) dan
The Cubes, Blok A, FSKTM
Pejabat Timbalan Dekan Ijazah Tinggi telah menerima lawatan daripada penilai
luar program, iaitu Professor Dr. Douglas R Vogel dan Professor Dr. Paul
Strooper. Mereka telah membuat semakan bagi dua program iaitu Program
Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeraan Gunaan) dan Program Sarjana
Kejuruteraan Perisian (Teknologi Perisian).
Dalam sesi tersebut, staff akademik, alumni dan pelajar turut dipanggil untuk
memberikan maklumat yang diperlukan oleh panel.
Pejabat Timbalan Dekan Ijazah Tinggi juga telah mengambil peluang untuk
mengadakan seminar penyelidikan oleh dua orang panel kepada semua calon
pascasiswazah fakulti dan peserta lain yang turut hadir.
BIL. 5
IJAZAH TINGGI
LAPORAN BULAN
MAC
PEJABAT
TIMBALAN DEKAN
IJAZAH TINGGI
FSKTM