1
JABATAN SAINS PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT
MAC 2017
LAWATAN
BIL
EVENTS
1
Lawatan Para Akademik dari Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Airlangga
Satu rombongan akademik dari Jabatan Sains Maklumat dan Perpustakaan, Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Airlangga telah
membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Sains Perpustakaan dan Maklumat pada 27hb Mac. Rombongan itu diketuai oleh Dr Rahma Sugiharti,
selaku Ketua Jabatan Sains Maklumat dan Perpustakaan, Univeristas Airlangga.
Bebarapa perkara telah dibincangkan di antara kedua-dua jabatan tersebut. Antaranya ialah perkara – perkara seperti berikut:
(a) Hasrat pihak Universitas Airlangga untuk mengadakan MOU dengan Universiti Malaya.
(b) Peluang kakitangan dari Universitas Airlangga melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di University Malaya.
(c) Peluang bagi pelajar-pelajar dari Universitas Airlangga menghadiri latihan serta kursus jangka pendek di Jabatan Sains Perpustakaan
dan Maklumat,Universiti Malaya.