FCSIT : Report Card December 2015 - page 5

L
APORAN KAD KEMAJUAN IJAZAH TINGGI
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Fakulti Sains Komputer
Dan Teknologi Maklumat Bagi Program Baharu Sarjana
Pengurusan Teknologi Maklumat Dan Sarjana Sains
Perpustakaan & Maklumat
2 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
Pada 2 Oktober 2015, (Jumaat) 11.20 pagi, Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) telah mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat Bagi
Program Baharu Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat Dan Sarjana Sains Perpustakaan
& Maklumat bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti (BMF), Aras 2, Blok A,FSKTM. Mesyuarat
tersebut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah Kanan, Penyelaras setiap program dan
wakil alumni bergraduat lebih daripada 5 tahun bagi Program Sarjana Pengurusan Teknologi
Maklumat iaitu Profesor Dr. Norliya Ahmad Kasim. Wakil alumni bergraduat dalam tempoh
5 tahun bagi Program Sarjana Sains Perpustakaan Maklumat iaitu Profesor Madya Dr. Wan
Ab. Kadir Wan Dollah dan Puan Chin Weng Ping, Program Sarjana Sains Perpustakaan dan
Maklumat/Program Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat. Mesyuarat pada hari tersebut
telah berjalan dengan lancar.
1,2,3,4 6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,...140
Powered by FlippingBook