AKTIVITI:
Jabatan telah mengadakan beberapa aktiviti yang dapat membantu
mencapai objektif-objektif bengkel ini. Berikut adalah aktiviti-aktiviti
yang dijalankan:
1. Ceramah Motivasi
i.
Ceramah NLP bertajuk “Potential vs Mindset”
telah diberikan oleh Prof. Dr. Zulqarnain Bin
Mohamed, Pengarah Pusat Sukan / Professor
Institute of Biological Science, yang juga
merupakan pakar NLP di Universiti Malaya.
Ceramah ini mengambil masa selama 2 jam.
2. Perancangan KPI Jabatan
i.
Aktiviti 1
: Sebuah taklimat mengenai
TECHNOVATION telah disampaikan oleh Dr
Hairul Nizam, bertujuan untuk memberi
penerangan kepada ahli jabatan agar dapat
menjana idea dalam merancang aktiviti jabatan
bagi mencapai KPI jabatan untuk tahun 2018.
ii.
Aktiviti 2
: Pembentangan dan pengemaskinian
pencapaian KPI jabatan sehingga Oktober 2017,
memberi fokus kepada bahagian yang KPInya
boleh dipertingkatkan lagi.
iii.
Aktiviti 3
: Sesi perbincangan antara staf Jabatan
IS bagi memetakan dan mengenalpasti
bagaimana perancangan KPI setiap ahli jabatan
akan menyumbang kepada KPI jabatan
terutamanya pada komponen-komponen utama.
3.
Perancangan aktiviti jabatan
i.
Dalam sesi ini, staf Jabatan IS telah merancang
dan mengatur aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
pada tahun 2018. Setiap aktiviti telah
dipertanggungjawabkan kepada staf –staf yang
berkenaan supaya perancangan awal boleh
dibuat oleh staf tersebut tanpa merasa tertekan.
Beberapa aktiviti telah dikenalpasti bagi Tahun
2018. Aktiviti-aktiviti tersebut dan PIC bagi aktiviti-
aktiviti ini adalah seperti berikut: