3
2.
AKTIVITI IJAZAH DASAR
(Laporan Program, senarai kehadiran, gambar atau dokumen sokongan berkaitan hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar bagi tujuan pengumpulan data KPI Fakulti)
No.
Tarikh / Masa /
Tempat
Maklumat Program
1.
11 April 2019
9.00 a.m – 1 p.m
The Cubes, FSKTM
Program
Cyber Crime Arts 4.0
telah diadakan bagi pelajar-
pelajar Ijazah Dasar, bertujuan untuk memberi pendedahan dan
kesedaran berkaitan jenayah siber. Program ini merangkumi sesi
forum bersama panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM),
pertandingan video dan pertandingan poster yang disertai oleh
pelajar Fakulti.
LAMPIRAN A
2.
1 March & 12 April
2019
9.00 am – 5.00 pm
Kursus
Skills Up Workshop (Module 1 & 2)
anjuran PEKOM
diadakan bagi pelajar-pelajar Ijazah Dasar untuk memberi
pendedahan mengenai teknologi terkini dalam aplikasi mudah
alih dan
Blockchain.
LAMPIRAN B
3.
24 April 2019
10.00 am – 2.00 pm
BS2, FSKTM
CIMB Book Prize Interview
telah diadakan untuk mencari calon-
calon pelajar daripada Tahun Kedua yang mendapat PNGK 3.3
ke atas bagi dianugerahkan Hadiah Buku Kecemerlangan CIMB
sebanyak RM700 dan peluang untuk menjalani Latihan Industri di
CIMB. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai sesi
temuduga ini, bersama 3 orang wakil pengurusan CIMB.
Muhamad Amin Hakim Sazali dari program Kepintaran Buatan
dan Tan Jia Ee dari program Multimedia telah dipilih sebagai
penerima anugerah ini bagi tahun 2019.
LAMPIRAN C
4.
26 April 2019
9 a.m – 5.00 p.m
Blok A & Blok B,
FSKTM
Program
FCSIT MY TECH CAREER FAIR
diadakan untuk
memberikan pendedahan mengenai keperluan pasaran kerjaya
terkini kepada pelajar Fakulti. Program ini telah disertai oleh 16
industri dari pelbagai bidang. Antara aktiviti yang dijalankan
sepanjang program berlangsung adalah sesi forum bersama
wakil Industri dan alumni, pameran dan sesi temuduga oleh
Industri.