FCSIT : Report Card December 2015 - page 19

9 DIS 2015
CYBERCRIME ARTS 2.0
Pada 9 Disember 2015 (Rabu), Persatuan Komputer Universiti Malaya (PEKOM)
telah menganjurkan pertandingan “
Cyber Crime Arts 2.0
” iaitu aktiviti berkaitan
kesedaran umum jenayah siber di kalangan pelajar universiti. Pertandingan
melukis, membuat slides (Microsoft Powerpoint), “
paper art
”, atau merakam
video bertema jenayah
siber.
Pertandingan dibuka kepada semua warga Universiti
Malaya. Pertandingan ini telah diadakan antaranya bertujuan membawa mesej
jenayah siber dengan cara yang lebih menarik perhatian orang ramai. Aktiviti ini
bertujuan memberi kesedaran umum berkaitan jenayah siber kepada pelajar
universiti
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengurangkan kadar berlakunya
jenayah siber dan memberi ilmu untuk mengenalpasti jenayah siber dan mengelak
daripada terperangkap.
Peserta perlu menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang boleh
memberi kesedaran mengenai jenayah siber. Masa sepanjang 2 minggu akan
diberikan kepada peserta untuk menyediakan hasil. Hasil karya perlu dihantar
sehari sebelum aktiviti tersebut. Hasil karya akan dipamerkan di
Student Centre
,
FSKTM dan pengadil akan memilih hasil karya yang paling kreatif.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Dr. Rafidah Md Noor selaku Timbalan
Dekan (Ijazah Dasar). Penghargaan dan honorium telah diberikan kepada juri dan
penceramah jemputan iaitu Encik Muhammad Haziq Faris Hasnol,
Software &
Hardware Developer
dari
REKA Studios atas kesudian mengadili pertandingan
dan menjadi penceramah jemputan.
Terima kasih diucapkan kepada penasihat
program iaitu Dr. Ainuddin Wahid Abdul Wahab di atas semangat yang diberikan.
Peserta dan pemenang pertandingan ini diberi sijil pada akhir majlis.
Kesimpulannya, jawatankuasa berharap program Cyber Crime Arts ini membawa
banyak manfaat kepda pelajar dan warga Universiti di samping dapat memberi
kesedaran mengenai jenayah siber, kita dapat mengeratkan hubungan warga
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
BIL. 10/09/2015
IJAZAH DASAR
BUKU REKOD
BERKALA
UNTUK
PEJABAT DEKAN
PEJABAT
TIMBALAN DEKAN
IJAZAH DASAR
FSKTM
Sept 2015 –
Dis 2015
1...,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 20,21,22,23,24-25,26-27,28-29,30-31,32-33,34-35,...140
Powered by FlippingBook