17 DIS 2015
ANUGERAH PROJEK
AKADEMIK PROJEK
CEMERLANG (APAC)
Pada 17 Disember 2015 (Khamis), FSKTM telah mengadakan Anugerah Projek
Akademik Cemerlang (APAC) buat kali yang ke-4. APAC adalah aktiviti tahunan
yang dijalankan oleh pihak FSKTM bagi memilih projek-projek yang terbaik
dihasilkan oleh para pelajar Program Sarjana Muda dalam kursus Projek
Akademik II.
Justifikasi APAC adalah untuk memberi penghargaan dan dorongan kepada para
pelajar untuk menghasilkan produk terbaik bagi projek akhir mereka. Disamping
itu, aktiviti ini dapat meningkatkan daya saing di kalangan pelajar untuk
menghasilkan projek yang bermutu. Majlis penutup disempurnakan oleh Prof.
Datin Dr. Sameem Abdul Kareem, Pemangku Dekan. Beliau telah mengucapkan
penghargaan kepada semua Penyelaras Latihan Ilmiah, para pelajar dan staf yang
bertungkus lumus melaksanakan program serta mengucapkan terima kasih
kepada para peserta atas kerjasama yang telah diberikan.
Beliau turut menyampaikan sedikit penghargaan kepada pihak juri-juri yang
mengadili terdiri daripada wakil Industri iaitu Dr. Shukor Sanim Bin Mohd Fauzi,
Universiti Teknologi Mara Perlis, Encik Wan Adli Wan Hassan, Content Capital
Sdn Bhd, dan Encik Hassanin Ahmed, Trainer-Hunt Sdn. Bhd.
Keseluruhannya APAC 2015 telah berjalan dengan lancar. Para pemenang bagi
setiap program telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Jadual di bawah merupakan senarai nama pemenang anugerah mengikut
program. Fakulti mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
BIL. 12/09/2015
IJAZAH DASAR
BUKU REKOD
BERKALA
UNTUK
PEJABAT DEKAN
PEJABAT
TIMBALAN DEKAN
IJAZAH DASAR
FSKTM
Sept 2015 –
Dis 2015